Tuesday, April 8, 2008

ABIM dan JIM temui PAS

Posted by Dyg Mimie Affizie at Tuesday, April 08, 2008

KUALA LUMPUR, 4 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan PAS dalam menjalankan kegiatan belia untuk kepentingan Islam di negara ini.
Perkara ini dinyatakan rombongan Abim yang diketuai Presidennya, Yusri Muhamad dalam kunjungan hormat mereka menemui pemimpin PAS Isnin lepas.
Rombongan Abim telah menemui pimpinan PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi Isnin lepas.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyambut dan mengadakan perbincangan dengan pertubuhan belia Islam yang berpengaruh itu.
Pada sebelah petangnya, rombongan Jamaah Islah Malaysia (Jim) pula telah menemui pemimpin PAS di tempat yang sama.
Robongan Jim diketuai sendiri oleh presidennya, Zaid Kamarudin.(Gambar: Abdul Hadi berbincang dengan Zaid sebelum mesyuarat bersama bermula.)

0 comments on "ABIM dan JIM temui PAS"

 

Searching For "Silver Lining" Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal