Thursday, May 8, 2008

Hepi Mak Day......

Posted by Dyg Mimie Affizie at Thursday, May 08, 2008

Assalamu'alaikum buat sahabat dan sahabiah. Buat sekian kalinya saya di izinkan lagi mencoretkan sesuatu di sini..Hanya dari saya insan yang kerdil ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua kakak-kakak yang telah bergelar Ibu =) buat kakak-kakak yang bakal bergelar ibu, buat sahabat-sahabat yang bergelar ibu dan buat semua ibu-ibu di Malaysia and seluruh dunia.

Kepada para suami..ambil kesempatan membisikkan sesuatu sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan insan yang bergelar Ibu, Ummi, Emak, Mummy, mama....Walaupun setiap hari kita harus dan wajib mengembirakan insan ini, tapi pada hari yang lebih special ni hargailah insan-insan mulia ni...

I love my mom..Faridah Abg.Yan


Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan Laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan

Biarpun dirimu telah terkorban
tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah, Tuhan...

Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana...Amin

0 comments on "Hepi Mak Day......"

 

Searching For "Silver Lining" Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal