
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih". [Surah Ibrahim : 7]
Syukur alhamdulillah atas nikmat Allah yang tak terhitung nilai dan jumlahnya. Jauh perjalanan, luas pengetahuan. InsyaAllah, bermusafir dan mengembara ilmu walau tidak pada sekolah-sekolah, masjid atau surau, dengan alam pun dapat juga di ambil pelbagai manfaat dan pengetahuan.
Dan Kami hamparkan bumi itu dan Kami letakkan padanya gunung-gunung yang kukuh dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi tiap-tiap hamba yang kembali (mengingati Allah). [Surah Qaaf : 7-8]
Alhamdulillah wa syukrillah ala nikmatillah...
Kelmarin kita semua digemparkan dengan isu kenaikan minyak. Tengok berita-berita kat TV hampir seluruh dunia mengalami keadaan yang sama. Berlakunya demontrasi, rusuhan... MINYAK oh MINYAK...
Bagi saya yang berkereta kancil ni pun turut akan merasa kesan nya. Dulu seminggu saya akan isi minyak penuh..lebih kurang RM30 untuk seminggu. Tak tau lagi la sekarang, tak keluar rumah lagi...minggu depan la baru merasa bahang kehangatan yang orang lain tengah merasa (huhuhu dah la gaji 3 bulan belum masuk)
Kita baca pulak berita dari UTUSAN MALAYSIA...Baca berita di bawah. Akhirnya utusan Malaysia mengeluarkan berita di bawah yang menyebelahi rakyat.
Desak kaji semula - Rakyat anggap harga baru petrol, diesel membebankan- UTUSAN MALAYSIA 06/05/08
Oleh KHADIJAH IBRAHIM dan FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
KUALA LUMPUR 5 Jun – Kerajaan diminta mengkaji semula harga baru petrol dan diesel yang masing-masing naik 78 sen dan RM1 seliter kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Saranan supaya kenaikan itu disemak kembali dibuat kerana orang ramai menjangkakan kenaikan harga petrol dan diesel akan menyebabkan harga barangan keperluan, kos perkhidmatan dan tambang pengangkutan awam akan menjadi bertambah mahal.
Orang ramai yang ditemui hari ini menghargai langkah kerajaan terus memberikan subsidi kepada mereka berikutan kenaikan harga bahan api itu tetapi berharap harganya diturunkan sedikit kerana kenaikan kali ini terlalu tinggi.
Kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter merupakan peningkatan sebanyak 40 peratus dan 63 peratus berbanding harga sebelumnya. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri termasuk di Kedah, Johor, Pahang dan Pulau Pinang mendapati orang ramai mengakui kenaikan harga barangan akibat penstrukturan semula subsidi minyak tidak dapat dielakkan.
Kenaikan harga minyak, menurut mereka, akan menyebabkan kos yang ditanggung oleh pelbagai pihak khususnya peniaga meningkat menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan bagi menampung kos pengangkutan.
Seorang peniaga kedai runcit di Johor Bahru, Tan Lian Chu, 40, berkata, kenaikan harga minyak memberi impak besar kepada pengguna, peruncit dan pemborong yang saling berkaitan antara satu sama lain.
“Bahan mentah selalunya tidak menentukan harga kerana ia sekejap naik, sekejap turun, tetapi apabila harga petrol naik, pasti akan berlaku kenaikan harga,” katanya.
P/S: Buat sahabat-sahabat sekalian selamat berprogram =)



0 comments on "Minyak oH Minyak"
Post a Comment