Wednesday, May 13, 2009

GuRu......

Posted by Dyg Mimie Affizie at Wednesday, May 13, 2009




Assalamualaikum wrh bkth....

Tahun ni genap 2 thn setengah aku bergelar guru.....wlpn hanya guru sandaran...terlalu banyak pengalaman dan pengajaran yang aku perolehi selama aku bergelar seorang 'Cikgu' pahit, manis, masam, masin....

Entah mengapa aku merasakan aku dah tak larat....letih....tension....bebanan keja seorang guru memang amat besar....berat....

Banyak yang perlu di korbankan masa, tenaga, dan kasih sayang....tetapi aku akan tetap gagahi diri ini untuk membimbing anak bangsa agar terus berjaya...

For my student's in 5 S 1, 5 A 2, 4 S 1 and 4 S 2 All the best to all of u...please forgive me if i've hurt ur felling....

Buat Guru-guru di seluruh Malaysia, Guru di sekolah Menengah Kebangsaan Serian, Guru di Sekolah Kebangsaan Lepong Emplas, Simunjan, Guru di sekolah Kebangsaan Semalatong, Simunjan, dan Guru-guru di Sekolah Menengah kebangsaan Sri Sadong, Simunjan....

Para pensyarah di Matrikulasi Labuan and Universiti Malaysia Sabah......

May ALLAH bless All of You....

"SELAMAT HARI GURU"

Kepada Guruku
Dalam hatiku tenang sernadi
Menatang pelita fiidup bercahaya
Kilat kemilau berbalas hati
Ingin menabur kata berjiwa.

Kupetik kuntum segar baharu
Kusisipkan di atas susunan piala
Namun hatiku disambar sedu
Tidak sebanding usafia yang ada
Hendak kuberl harta dan benda
Bukan demikian cara berbakti
Akan kukirim jiwa dan raga
Belum sekurnin bandingannya budi
Jika demikian wahai guruku
Andang citaku di mayapada.

Tiada dayaku membalas madu
Atau suatu benda mulia
Hanya sebagai kata sembah
Kepada guruku mulia budiman
Aku berjanji sepenuh iman
Menurut patuh nasihat intan
Segala ajaran dari guruku
Tunjuk pimpinan akan kubuat
Menyambung usaha cita guruku
Hingga terkabul bagal dihasrat.

Masuri S.N.

Satu kisah buat Renungan Para Ibu-Bapa.....

"Saya dah pesan banyak kali..., tapi kamu tidak pernah nak mengendahkannya... cikgu rasa sangat kecewa dengan kamu... Maafkan cikgu. Buat masa ini cikgu tak boleh nak tengok muka kamu... you better go...

"Tanpa meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan, Harith (bukan nama sebenar) berlalu begitu sahaja dari makmal matematik. Bukan niatku untuk menidakkan hak Harith untuk belajar di kelas tambahan yang ku adakan sebentar tadi, tapi aku terasa begitu kesal dengan tindakannya.

Larangan supaya setiap pelajar tidak membawa handfon ke kelas apatah lagi menggunakannya.. telah dilanggar oleh Harith. Bukan setakat menggunakannya sewaktu kelasku, dia juga dengan selambanya mengambil kesempatan "mengecas" bateri handfonnya.

Apa dan dimana silapku? Adakah laranganku itu olok-olok? Pada situasi ini handfonnya perlu dirampas dan aku tak boleh maafkan dia... untuk waktu itu..Aku cukup sedih dengan sikap pelajarku yang masih belum serius dalam pelajaran.

Mereka tidak sedar exam is just round the corner. Bila dapat result, baru terkebil-kebil..arghhhh.... yang pasti... maafkan cikgu kerana cikgu masih ada lagi 23 orang pelajar yang cikgu nak endahkan... yang nak belajar...


0 comments on "GuRu......"

 

Searching For "Silver Lining" Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal