Tuesday, January 29, 2008

Kenangan TerIndah

Posted by Dyg Mimie Affizie at Tuesday, January 29, 2008

Nikmat paling manis apabila ALLAH mentarbiah kita dengan penuh ujian,
Namun…tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberi suntikkan semangat perjuangan…
Alirkan halawatul ukhuwah,
Kesungguhan dalam berjuang melalui Robitoh hati..
Ya ALLAH Peliharalah aku dan sahabatku, peliharalah ukhuwah kami..ameen.....


Assalamu’alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Dengan nama ALLAH ar-Rahmaah ar-Rohiim


Dengan rasa Syukur kepada Allah swt kerana ana di beri kekuatan & peluang untuk membuat coretan pertama..tulisan yang pertama...macam tak percaya tapi itulah kekuasaanNya. Kita berusaha dan Allah menentukan penghasilannya. Kadangkala kita ingnkan sesuatu namun natijahnya lain dari apa yang diinginkan. Tidak jarang juga kita mengelak daripada sesuatu tetapi itu juga yang datang menerpa. Semuanya dapat disimpulkan bahawa tidak ada suatu jiwapun di ’alam ini terlepas daripada takdir Allah. Tidaklah seorang itu melangkah menuju ke tandas melainkan Allah sebagai Sang pencinta telah mentakdirkannya pergi ke tandas.


Lalu tidaklah saya menulis tentang perkongsian ilmu ini secara kebetulan saya duduk di depan laptop melainkan sudah ditakdirkan Allah bahawa saya hari in dan saat ini menulis tentang KEHIDUPAN. Saya bukannya seorang pakar dalam mendekatkan diri kepada Allah dan bukan pula pelajar cemerlang yang patut dijadikan teladan semua, sekadar menyampaikan apa yang Allah kurniakan kepadaku.


Kehidupan di Universiti baru saja saya tinggalkan, erm..rasa rindu teramat sangat pada sahabat-sahabat di sana..teringat time tunggu bas, naik keta berhimpit sebab nak save budget, time usrah, time buka puasa sama2 makan setalam...semuanya menjadi kenangan terindah sekarang. Duduk rumah tak la boring seperti yang selalu di fikirkan “There’s no place like home’’


Saya terbaca tulisan seorang sahabat (bakal Dr) mengenai timetable kita sebagai seorang pelajar. Dalam hidup ini kita sering menginginkan kesempurnaan, Sebagai pelajar kita akan berusaha bersungguh-sungguh, study hingga larut malan, sudahnya pukul 3pagi baru kita terlelap..sedangkan pukul 4.50pagi dah masuk subuh..manalah ada manusia normal yang baru tidur 3pagi mampu bangun 4.50pagi..erm dapat kita bayangkan pukul 6pagi baru kita bangun sedangkan ketika itu subuh sudah pun suntuk (subuh gajah kat sahabat2)..Usai solat kita akan tergesa-gesa bersiap coz ada class pagi..pukul 7pagi dah kena kluar amik bas..erm kena beratur memanjang........


Lalu pagi itu berlalu dengan amat singkat dan kita tak sempat untuk mengaji ataupun membaca Ma’thurat..Ruginya kita pada hari itu..itu baru sebahagian daripada rentetan kehidupan pagi seorang pelajar...syukurlah kerana masih sempat lagi bersolat...Inlah kesilapan kita..Kita seharusnya bijak mengatur masa dan mengutamakan yang lebih utama..Inilah bukanlah nermakna kita tak perlu study dan hanya berdoa dan bertawakal..tapi usaha kita biar sedikit tapi penuh dengan keberkatan “study smart and pray hard’’


Memanglah menuntut ilmu itu satu kewajipan dan juga sebahagian dari ibadah tapi kita perlu bijak mengatur masa..janganlah sampai ibadat solat yang wajib itu kita ketepikan..Dalam proses pembelajaran kuantiti tdak penting tetapi yang penting adalah kualiti..tidak guna kita study berjam-jam jika masa yang betul-betul kita manfaatkan hanya 2 jam...


Masuk ke tahun akhir (tahun 3) saya pernah berbicara dengan seorang kakak yang amat saya rindui sekarang (kak Suhaida) “Kak kenapa dulu saya rasakan apa yang saya lakukan lebih kurang sama dgn sekarang malahan sekarang tahun akhir saya makin ligat nak ikut program la..itulah inilah..bahkan dulu banyak pula alasan kalau diajak....’’


Di sinilah pentingnya Keberkatan..sedarlah setiap apa yang ada di muka bumi ini macam mana banyak pun yang kita baca tapi jika Allah swt tidak kurniakan kefahaman buat kita maka kita tak akan memperoleh apa-apa pun dari apa yang kita study...


Oleh itu di samping berusaha kita hendaklah sentiasa berdoa meminta dimudahkan dan dikurniakan kefahaman..jika kita tidak mampu untuk stay up cari cara lain untuk study..janganlah terlalu ghairah mendapat keputusan yang cemerlang sehingga kita menjejaskan hubungan kita dengan Allah swt..Bagi yang mampu study hingga lewat malam manfaatkan masa dengan sebaiknya dan gunakan sebahagian waktu untuk qiamulail..Mudah-mudahan kita sentiasa beroleh ketenangan dan keberkatan dari Allah swt...


Lalu bagi diri saya sendiri semoga amalan ini menjadi amalan yang Allah setujui (Redho) menerimanya sebagai prakarsa peng’abdianku kepadaNya dan pahala dan Syurga itulah destinasi terakhirku......Wallahualam...

2 comments on "Kenangan TerIndah"

Shamsiah Mahli on January 29, 2008 at 12:10 PM said...

Assalamualaikum,
First of all, tahniah sebab dah berjaya wujudkan blog. Sapa madah kitak sik pandey berkarya?. Berkarya bermula dari bawah. Bukan terus berbahasa falsafah yang tinggi! Biar bermula dengan konsep cerita. Insya Allah, menulis dalam konteks yg lebih sifat kedewasaan.
Sorry jika dipaksa suruh polah blog...

Dyg Mimie Affizie on January 29, 2008 at 4:15 PM said...

Waalaikumsalam...
Syukran Ya ukhti sbb bergitu bsemangat...kmk kagum..
InsyaALLAH akan diperbaiki segala kekurangan...

 

Searching For "Silver Lining" Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal