
Adakah kita bersahabat berdasarkan taqwa? Ramai yang bertanya, apa dah jadi dengan ukhuwah kita. Dah tak macam dulu. Dah tak rapat. Kita dah tak ada kebersamaan. Hakikat ukhuwah itu adalah give and take. Ada yang memberi dan ada yang menerima. Ia bukannya satu hubungan one way. Persahabatan dan ukhuwah bukan untuk dicuba dan diuji oleh kita. Ada tuntutan yang harus kita penuhi. Peraturannya mudah. Sebelum kita minta orang lain memberikan ‘cinta’ mereka, kita seharusnya ‘cinta’ mereka dahulu. Manifestasi cinta?
Satu cerita, apabila saidini Umar didatangi oleh sesoerang yang menyatakan bahawa dia kenal seseorang yang lain, lalu beliau bertaya kepada lelaki itu "Apakah kamu pernah bermusafir bersamanya?, Apakah kamu pernah bermalam dengannya (tidur) ?, apakah kamu pernah makan bersamanya?. Lalau dijawab tidak. Maka Umar pun berkata: Kamu tidak mengenalnya. Hah. At least tiga tuntutan yang dinyatakan tadi kita dah langsaikan, barulah kita boleh membicarakan soal ukhuwwah denganya. Bukan mudah anda boleh claim anda kenal orang. Sebab keperibadian seseorang itu, belum teruji di saat-saat lain.
Ukhuwah wujud kerana kasih sayang. Kasih sayang merupakan asas kepada ketenangan. Islam sendiri menekankan konsep kekeluargaan sebagai asas tarbiah yang membolehkan terjalinnya ikatan kasih sayang. Sekiranya kita imbau kenangan lalu bersama teman-teman sudah pasti ia masih terpatri dalam ingatan sekalipun telah bertahun tidak berjumpa. Ikatan kasih sayang sebenarnya dapat menjana kekuatan ingatan. Sehubungan dengan itu, walau jarak memisahkan hubungan kekeluargaan dan ikatan persahabatan masih utuh. Ukhuwah memberikan petunjuk penting kepada kita dalam menjana kekuatan ingatan yang berteraskan hubungan dengan ALLAH dan sesama manusia. Hablun minallah wa hablun minnas...pentingnya menjaga hubungan kita dengan Allah kerana Dia yang akan membetulkan hubungan kita dengan manusia-manusia lain dengan kuasaNya.
Ibarat manusia ini adalah satu anggota tubuh yang mana apabila salah satu anggota itu sakit, anggota lain pasti terasa juga tempiasnya. Jangan gadaikan sebuah persahabatan dek satu kesilapan yang dilakukan oleh sahabat kita. Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia. Oleh itu, hendaklah kita menerima sahabat seadanya dan saling melengkapi. Dalam meniti hari-hari yang mendatang, adakalanya tekanan melanda diri. Lantaran beban kerja yang menimbun dan masalah yang bertali arus datang dan pergi. Tika ini sahabat diperlukan untuk mencurahkan isi hati yang terpendam.
Bersama renungkan analogi ini. Sekumpulan alumni yang mempunyai kerjaya yang mantap mengadakan pertemuan di rumah seorang profesor. Masing-masing menceritakan kehidupan dan tekanan kerja dan keluarga yang dihadapi. Mendengar luahan hati mereka, profesor tadi segera bangun menuju ke dapur. Kembali dengan membawa teko besar berisi air kopi dan pelbagai jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porselin, plastik, kaca dan kristal. Profesor tadi menyuruh menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semua bekas pelajarnya mengambil kopi masing-masing, profesor itu berkata : “Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil dan meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Ini adalah keadaan yang biasa di mana anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda, tetapi itulah punca kepada masalah dan ‘stress’ yang anda semua hadapi. Apa yang sebenarnya diperlukan hanyalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk lagi anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain.
Kehidupan diibaratkan seperti kopi. Kerjaya, wang dan masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan sekadar alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah dan hanya alat yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang dipegang sehingga gagal untuk menikmati kopi tersebut. Bagaimana saya ingin mengaitkan dalam apa situasi sekalipun kita memerlukan seseorang untuk mendengar dan memberikan sokongan di kala diri lemah. Bagaimana pelajar-pelajar tadi saling memerlukan antara mereka. Sebagai penasihat dan pembimbing tika diri sedang leka dibuai mimpi indah. Oleh itu, janganlah mengabaikan atau memutuskan ukhwah yang terjalin kerana kesibukan duniawi.




0 comments on "Ukhuwah...."
Post a Comment