Friday, February 29, 2008
Cukupkah Sekadar Niat Ikhlas?
Assalamualaikum wrh bkth...Tajuk Artikel ni amat menarik perhatian aku untuk dimuatkan dalam teratak mayaku..."Cukupkah Sekadar Niat Ikhlas?"
Ini adalah hasil tulisan seorang sahabat aku di UMS yang benar-benar ingin mencari "silver lining" macam tittle blog ni...Membawa penghijrahan dirinya kepada yang lebih baik..amat dikagumi semangatnya..semoga sentiasa istiqamah ya Ustaz...
sama2 kita renungkan..
Penulis : Mohd Hairi Bin Nonchi
Disunting oleh : Hafiz Firdaus Abdullah ( al-ahkam.net )
Adalah merupakan suatu perkara yang amat penting untuk kita sama-sama mengetahui bahawa dalam rangka kita mengabdikan diri kepada Allah 'Azza Wajalla, terlebih dahulu kita haruslah menyedari akan hakikat bahawa agama Islam yang kita anuti ini adalah merupakan agama wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW tanpa adanya campur tangan makhluk sedikit pun padanya. Ia bukanlah suatu ajaran, undang-undang, peraturan atau doktrin rekaan manusia biasa yang hanya didasari oleh perkiraan akal (lojik) dan andaian yang penuh dengan kelemahan, kepincangan, kesalahan dan ketersasulan yang ada ketikanya dipandu oleh hawa nafsu hasil daripada bisikan Iblis dan syaitan laknatullah.
Berpijak di atas dasar inilah, maka penulis dengan penuh kesedaran menerusi artikel ini ingin mengajak para pembaca sekalian untuk sama-sama bermuhasabah, merenungi, menganalisa dan seterusnya memperbetulkan sikap dan fikiran sesetengah pihak yang suka berpaut kepada prinsip "asalkan niat yang baik dan ikhlas" bagi menghalalkan pelbagai perkara dalam urusan agama yang tidak ada keizinannya dari Allah dan Rasul-Nya. Diharap dengan pendedahan yang cukup sederhana, ringkas tetapi padat ini ini akan dapat membuka mata dan minda sesetengah pihak dan sekaligus mengembalikan mereka kepada prinsip "niat yang ikhlas dan cara yang benar" sebagaimana yang pernah dipegang dan dipraktikkan oleh generasi awal Islam dari kalangan para sahabat yang mendapat tarbiyah langsung daripada baginda SAW pada suatu ketika dahulu.
"Islam Menolak Prinsip Bersangka Baik Dalam Menentukan Baik Buruknya Sesuatu Amal Ibadah"
Penulisan ini dimulai dengan tinjauan penulis kepada dua buah ayat al-Qur'an yang mana menerusi kedua-dua ayat tersebut Allah SWT telah menyatakan akan penafian-Nya terhadap andaian atau sangkaan manusia dalam menentukan baik buruknya sesuatu amalan disisi agama-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah Yunus, ayat ke-36 : "Dan kebanyakannya mereka, tidak menuruti melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (walhal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesunguhhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan" (Surah Yunus: 36)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman: "Dan jika engkau menuruti kebanyakan orang yang berada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah, tiada yang mereka turuti melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta" (Surah Al-An'am: 116)
Menerusi ayat tersebut, dapatlah difahami bahawa sesuatu amalan yang hanya bersandarkan kepada andaian atau menurut lojika akal semata-mata tanpa bimbingan wahyu yakni al-Quran dan al-Sunnah yang sahih akan mengheret manusia kepada jurang kesesatan dan jauh dari jalan kebenaran. Jesteru, kedua-dua ayat tersebut sekaligus dapat dijadikan hujah penolakan yang paling ampuh terhadap dakwaan sesetengah pihak bahawa sesuatu amalan yang didasari oleh niat yang tulus ikhlas tetap sah dan diterima di sisi Allah walaupun tidak memiliki sebarang dalil (hujah) dari syara'.
Oleh itu, sejak awal-awal lagi Allah telah memberi amaran kepada manusia bahawa sesiapa sahaja yang sengaja berpaling dari petunjuk al-Quran dan al-Sunnah yang sahih dengan mengandaikan amalan yang mereka ada-adakan itu adalah merupakan petunjuk daripada Allah, maka mereka akan disesatkan oleh Allah SWT melalui perantaraan makhluk syaitan yang Allah datangkan kepada mereka sebagai teman yang akan membawa mereka ke jurang kesesatan sehingga mereka benar-benar tertipu oleh amalan mereka dan akhirnya mereka terhalang dari menemui jalan kebenaran . Hakikat ini telah pun dirakam di dalam al-Qur'an menerusi firman-Nya: "Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-Qur'an dan Sunnah Rasul-Nya), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkannya), maka syaitan itu menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya, syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk" (Surah Al-Zukhruf : 36-37)
Ini adalah kerana perbuatan sedemikian adalah perbuatan yang menyamai orang-orang Yahudi dan Nasrani di mana mereka telah melakukan pelbagai amalan baru dalam agama mereka (bid'ah) sehingga yang demikian menyebabkan Allah telah menjadikan mereka sebagai umat yang tepesong dari jalan petunjuk. Mereka melakukan ibadah hanya dengan berdasarkan prasangka dan keizinan dari pembesar mereka, terutama dari kalangan para ulama' mereka yang tidak didasarkan kepada kitab samawi yang telah diturunkan oleh Allah. Apa sahaja yang dihalalkan dan yang diharamkan oleh pendeta-pendeta dan paderi-paderi itu, mereka hanya pasrah dan terima dengan membabi buta sahaja tanpa menyelidiki atau menyemaknya terlebih dahulu sama ada ianya suatu yang diperintahkan oleh Allah atau tidak. Firman Allah SWT: "Mereka iaitu ahlul kitab menjadikan alim-alim dan rahib-rahib (para ulama' atau pendeta) mereka sebagai Rabb (Tuhan) selain Allah dan (mereka menjadikan pula sebagai Tuhan) al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh mengibadahi (menyembah) Tuhan Yang Esa (Allah) dan tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan" (Surah at-Taubah : 31)
Oleh sebab itulah, al-Imam Asy-Syafi'ei r.h sendiri telah melarang setiap individu mukmin dari beranggapan sedemikian dengan menegaskan:
"Sesiapa yang mencipta ihtihsan (mencipta sesuatu perkara dalam agama yang disangka baik tanpa ada keterangannya dari al-Quran dan As-Sunnah) maka dia telah mencipta syara’, (dan sesiapa yang mencipta syara' maka dia telah kafir)" - Ar-Risalah. Dinukil daripada buku Setiap Bid'ah Menyesatkan, Ustaz Rasul Dahri, hlm.41, terbitan: Jahabersa, Johor Bahru.
Lihatlah betapa tegas dan kerasnya Imam Syafi'ei r.h selaku Pembela Sunnah (Nasirus Sunnah) dalam memperingati kaum Muslimin agar tidak hanya bersangka baik kepada suatu perkara dalam agama yang tidak ada keterangan dan petunjuknya di sisi syara' (al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih). Bahkan, lebih daripada itu sesiapa sahaja yang sengaja berbuat demikian, maka dia adalah layak dianggap sebagai orang yang telah melakukan syirik lantaran tindakannya yang seolah-olah cuba mempersekutukan dirinya dengan Allah dalam hal pembuatan syariat sedangkan hanya Allah SWT sahajalah yang maha berhak dalam menentukan apakah bentuk dan tatacara beribadah yang sesuai kepada sekalian hamba-Nya.
Antara prinsip terpenting dan termasuk dalam perkara asas yang menjadi prasyarat penerimaan sesuatu amal ibadah dalam agama Islam ini ialah seseorang itu perlulah mengikut garis panduan yang telahpun ditunjukkan dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW sama ada melalui lisan (sunnah qauliyah), perbuatan (sunnah fi'liyah) mahupun pengakuan atau pengiktirafan (sunnah takririyah) baginda. Oleh itu, mana-mana amalan yang tidak termasuk dalam salah satu sunnah baginda tersebut secara automatiknya adalah tertolak dan tidak akan mendapat sebarang ganjaran pahala disisi Allah.
Justeru, dalam mengamalkan apa sahaja bentuk ibadah yang bersifat ritual atau dengan kata lainnya ibadah khususiyah seperti solat, zikir, puasa, haji dan sebagainya, seseorang hamba itu tidaklah dianggap memadai hanya dengan mengesakan Allah dalam ibadahnya serta berniat ikhlas dan bertujuan baik semata-mata, malah dia hendaklah melakukan ibadah tersebut dengan mengikut cara dan kaedah (spesifikasi) yang telah ditentukan oleh Allah SWT melalui bimbingan al-Qur'an dan petunjuk al-Sunnah Rasul-Nya. Amal ibadah yang menyalahi cara dan kaedah tersebut sudah pasti hanya akan menjauhkan si pelakunya daripada keredhaan dan pengampunan Allah, walaupun niatnya ikhlas dan hatinya bersih semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Namun, suatu yang amat mendukacitakan ialah masih terdapat segelintir umat Islam pada ketika ini yang amat yakin dan percaya bahawa sesuatu amalan itu tetap dikira sah dan diterima di sisi Allah hanya dengan niat dan tujuan yang baik serta ikhlas walaupun tatacara atau kaifiat perlaksanaannya tidak secocok atau selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sekalipun ada pihak yang cuba menegur dan memperbetulkan amalan mereka yang telah jelas menyimpang dari petunjuk sunnah Nabi SAW, mereka masih berdegil dengan berpaut kepada hujah
"tak apa, asalkan niat saya ikhlas, bukankah niat yang ikhlas dan tujuan yang baik itulah yang paling utama di sisi Allah?. Tambahan pula, walaupun Nabi tak pernah buat, namun tidak ada sebarang dalil yang qath'ei pun yang melarang perbuatan ini, jadi apa salahnya?!! Inikan juga termasuk syariat Islam!... "
Lebih memburukkan lagi keadaan adalah mereka pula cuba berhujah dengan beberapa riwayat atau hadis-hadis yang telah jelas akan kedha’ifan dan kepalsuannya untuk dijadikan sebagai bukti bahawa kononnya diperbolehkan membuat bid’ah hasanah di dalam urusan agama selagi mana ianya dipandang baik dan dilaksanakan dengan tujuan atau niat yang murni lagi ikhlas.
Islam Menolak Prinsip “Niat Yang Baik Menghalalkan Cara”
Ingin penulis menarik perhatian pembaca di sini bahawa Islam adalah suatu ajaran yang amat menolak keras prinsip "tujuan menghalalkan cara". Menurut perspektif Islam, sesuatu tujuan tidak mungkin sama sekali menghalalkan cara. Malah tujuan dan cara itu sendiri adalah dua perkara yang amat berbeza pengertiannya. Justeru, sesuatu amalan sekalipun ianya dilakukan atas dasar niat yang ikhlas dan dilakukan dengan tujuan yang baik, namun ianya masih belum dianggap sebagai amal soleh sekiranya cara perlaksanaannya tidak menepati kaedah yang telah digariskan oleh agama. Maka atas prinsip inilah, dalam ajaran Islam itu sendiri telah telah lahir kaedah fiqh yang biasa digunakan oleh para ulama yang disebut sebagai "tujuan tidak menghalalkan cara".
Menurut prinsip tersebut, ia menerangkan bahawa setiap amalan itu perlulah terlebih dahulu dimulakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian kaedah perlaksanaannya hendaklah benar-benar bersesuaian dengan kedah yang telah digariskan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih. Dengan memenuhi kedua-dua syarat ini barulah sesuatu amalan itu diterima dan diganjari pahala oleh Allah SWT. Sebaliknya, apabila cara melaksanakannya tidak mengikuti lunas-lunas Islam, yakni bimbingan al-Qur'an dan petunjuk al-Sunnah yang sahih, ianya tetap dipandang sebagai haram dan tidak diterima di sisi Allah sebagai amal soleh walaupun ianya dilakukan dengan tujuan baik dan niat ikhlas.
Dengan memahami prinsip ini, maka teranglah bagi kita bahawa agama Islam adalah suatu ajaran yang amat menekankan pergandingan atau gabungan antara "niat yang ikhlas" dan "amal yang benar" tanpa memisah-misahkan antara satu dengan yang lain bagi memastikan ianya tetap sah dan diterima di sisi Allah sebagai amal soleh. Oleh itu, amal dan niat hendaklah sentiasa benar lagi tepat selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah yang sahih tanpa adanya penambahan, pengurangan dan pengubahsuaian sedikit pun padanya tidak kira atas alasan apa sekalipun. Sekiranya kedua syarat atau salah satu darinya tidak dipenuhi (niat dan amal), maka amal tersebut secara automatik dianggap sia-sia, terbatal dan tidak diganjari sebarang pahala.
Dengan erti kata lain, jika niat yang ikhlas tetapi tatacara perlaksanaan amal yang salah atau yang tercemar dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kemurniaannya seperti mencampuradukkannya dengan amalan-amalan bid'ah, khurafat, tahyul dan amalan-amalan syirik, maka ianya tidak akan memberi sebarang manfaat kepada seseorang hamba di akhirat kelak. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (dalam urusan ibadat yang) bukan mengikut (spesifikasi) cara kami (Nabi Muhammad SAW dan para sahabat), maka ia adalah tertolak (tidak diterima)" (Hadith riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, Kitab al-Aqdhiyah, hadis no: 1718)
Bagi membuktikan kenyataan bahawa di dalam ajaran Islam seseorang itu tidak diperbolehkan mengada-adakan sesuatu amalan baru yang menyelisih ajaran al-Qur'an dan al-Sunnah hanya berpandukan kepada andaian atau prasangka sekalipun ianya didasarkan kepada niat dan tujuan yang baik lagi ikhlas, penulis akan menukilkan sebuah riwayat di bawah ini untuk direnungi dan sekaligus dijadikan sumber pedoman bersama oleh sidang pembaca sekalian. Hadis atau riwayat yang dimaksudkan dapat diperhatikan seperti berikut:
"Ibnu al-Arabi bercerita dari al-Zubair bin Bakkar bahawa bahawa dia mendengar Imam Malik bin Anas r.h telah didatangi seorang lelaki, lalu orang itu berkata: "Wahai Abu ‘Abdulah, dari mana aku harus melakukan ihram?". Imam Malik menjawab: "Dari Dzil Hulaifah, sebagaimana Rasulullah SAW (memulakannya). Lalu orang itu berkata: "Sesungguhnya aku ingin berihram dari masjid ini (Masjid Nabawi di Madinah)" Imam Malik berkata: "Jangan anda lakukan sedemikian". Orang itu berkata: "Sesungguhnya aku ingin melakukan ihram dari masjid ini dari sisi kuburan (Rasulullah SAW)". Imam Malik berkata: "Jangan lakukan seperti itu. Sesungguhnya aku khuatir fitnah yang bakal menimpa anda" Orang itu berkata : "Fitnah apa? Aku hanya menambahkan beberapa mil (batu) sahaja". Imam Malik berkata: "Fitnah apa lagi yang lebih besar dari keyakinan (seolah-olah anda merasakan bahawa) anda mendapat keutamaan melebihi keutamaan yang ditetapkan oleh Rasulullah". Aku mendengar Allah berfirman: "Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya (Rasulullah agar mereka) beringat serta berjaga-jaga jangan (sampai) mereka ditimpa bala’ bencana atau ditmpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya"
(Rujuk kitab Manhaj Akidah Salaf : Akidah Imam Malik, karya Syaikh Muhammad bin Abdurrahman al-Maghrawi, ms. 43. Penulis nukil daripada buku Fahaman Wahhabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia, Mohd Yaakub bin Mohd Yunus, terbitan Jahabersa, Johor Bahru, hlm. 72-73)
Jika kita fikirkan dengan lojik akal, apa yang cuba dilakukan oleh orang itu hanyalah perkara kecil sahaja iaitu sekadar melakukan penambahan sedikit jarak tempat di mana dia ingin memulakan ihramnya. Bahkan tindakannya yang cuba memindahkan tempat berihram itu dari Dzil Hulaifah ke sebelah kuburan Nabi SAW seolah-olah nampak seperti satu tindakan yang baik lagi mulia kerana ianya berada berhampiran dengan kubur Nabi SAW, manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini. Akan tetapi semua itu tidak dapat dijadikan hujah dan alasan bagi menjustifikasikan tindakan bid'ah tersebut kerana apa yang dikhuatiri oleh Imam Malik r.h adalah tindakan tersebut sekalipun kelihatan remeh dan bertujuan baik, namun jika dibiarkan lambat laun ianya akan menimbulkan fitnah ke atas agama Allah yang maha lengkap lagi sempurna ini.
Oleh itu, tindakan Imam Malik r.h membantah perbuatan tersebut adalah semata-mata bagi memelihara agama Islam daripada sebarang dakwaan bahawa agama Islam itu masih banyak kekurangan sehingga memerlukan penambahan bagi "mencantikkan" lagi syariatnya. Dalam hal ini Dr. 'Abd al-Karim Zaidan pernah berpesan dengan katanya:
"Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih itu ialah yang menepati syarak, maka membuat bid’ah dalam agama dengan menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah. Bid'ah itu lebih buruk daripada maksiat. Ini kerana bid'ah itu mengubah agama serta menghukum dan mentohmah syarak sebagai cacat, berhajatkan kepada penyempurnaan, pengurangan dan mengubahan. Ini adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal dengannya. Untuk itu al-Rasul SAW memberi amaran mengenai bid'ah, sabdanya: (terjemahan) "Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah, dan setiap yang bid'ah di dalam neraka". Maka segala kebaikan apa yang bawa oleh syarak dan berpada dengannya. (Rujuk Abd al-Karim Zaidan, Usul al-Da’wah, hlm. 41, cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut)
Maka sewajarnya bagi kita umat Islam demi memastikan amal ibadah kita benar-benar bebas daripada segala perkara yang boleh menghilangkan kemurniaan ibadah seperti syirik (riak) dan amalan-amalan yang berunsurkan bid'ah, disamping ianya hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas dan hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan Allah SAW, kita perlulah memastikan bahawa amal ibadah yang hendak dikerjakan tersebut benar-benar berada di atas petunjuk sunnah Nabi SAW. Bukannya amalan yang ditaja oleh amalan-amalan bid’ah kerana semua bid'ah itu adalah sesat walaupun pada zahirnya ia kelihatan seperti amalan yang boleh membawa kebaikan dan dilakukan dengan penuh keikhlasan. Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut:
"Seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (cara) yang diredhai-Nya. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan" (Rujuk Al-Qaradhawi, Al-'Ibadah fi Al-Islam, hlm. 165, cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut)
Sungguh, adalah tidak keterlaluan jika penulis katakan di sini bahawa seseorang hamba yang beramal dengan amalan yang sederhana (merangkumi ibadah wajib mahupun sunat) akan tetapi ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan menepati segala kaifiat (tatacara) sebagaimana yang telah dicontohkan oleh sunnah baginda Nabi Muhammad SAW adalah lebih baik jika dibandingkan dengan mereka yang bergiat aktif dengan pelbagai jenis ibadah, akan tetapi segala ibadah yang dilakukan itu menyimpang jauh daripada ibadah yang telah dicontohkan oleh baginda. Maka, amat benarlah kata-kata 'Abd Allah bin Mas’ud r.a :
"Sederhana dalam sesuatu (amalan yang menepati) sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam sesuatu bid'ah" (Hadis riwayat Imam al-Darimi di dalam Sunan al-Darimi, kitab al-Muqaddimah, hadis no: 217)
Ingatlah, sejarah telah mengajar kita betapa ramai di kalangan pereka agama palsu di dunia ini yang pada asalnya adalah berniat baik dan ikhlas dalam mencari kebenaran, akan tetapi disebabkan cara peribadatan yang mereka lakukan adalah jauh menyimpang dari kehendak Allah dan petunjuk sunnah Rasul-Nya, maka mereka berada dalam kesesatan dan kegelapan yang berpanjangan.
Sebelum penulis mengakhiri penulisan ini, ingin penulis menasihati khususnya kepada diri penulis sendiri dan kepada sidang pembaca sekalian bahawa adalah menjadi kewajipan bagi kita setiap individu muslim dalam rangka mengerjakan apa jua amal ibadah khusussiyah, kita hendaklah terlebih dahulu menyemak akan kebenaran dan ketepatannya disisi syarak sehingga dapat dipastikan sama ada ibadah tersebut sesuatu yang bertsabit dengan sunnah baginda atau sebaliknya. Adapun semakannya yang penulis maksudkan di sini adalah pada tolok ukuran al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih, bukan amalan majoriti atau amalan tradisi masyarakat yang hanya diwarisi sejak turun temurun. Tidaklah wajar bagi seseorang muslim itu hanya beramal sekadar ikut-ikutan secara membuta tuli sahaja lalu menjustifikasikan amalannya sebagai amalan yang soleh dengan hanya berdasarkan niat yang ikhlas dan tujuan yang baik semata-mata.
Ingatlah, sejarah telah mengajar kita betapa ramai di kalangan pereka agama palsu di dunia ini yang pada asalnya adalah berniat baik dan ikhlas dalam mencari kebenaran, akan tetapi disebabkan cara peribadatan yang mereka lakukan adalah jauh menyimpang dari kehendak Allah dan petunjuk sunnah Rasul-Nya, maka mereka berada dalam kesesatan dan kegelapan yang berpanjangan. Semua ini menjadi pengajaran yang amat bermakna kepada kita agar kita sentiasa "berniat ikhlas dan cara yang benar" dalam mengamalkan segala ajaran agama sesuai dengan suruhan dan keizinan dari Allah SWT serta contoh dari sunnah Nabi Muhammad SAW.
Dengan kefahaman ini, maka jelaslah bagi kita semua bahawa sesungguhnya kita tidak akan menemui jalan lain untuk mencapai redha, pengampunan dan syurga Allah melainkan hanyalah dengan berittiba' kepada sunnah baginda kerana hanya dengan menempuh cara ini sahajalah baru segala amal ibadah kita diterima dan diganjari pahala oleh Allah SWT. Semoga dengan kesungguhan kita dalam meneladani atau berittiba' kepada sunnah Rasulullah SAW kita akan termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan segala dosa-dosa kita diampunkan oleh-Nya sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya: “Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ” (Surah 'Ali-Imran 3: 31)
Penulis mendoakan semoga seluruh amalan kita termasuk dalam kategori amalan yang paling ikhlas dan yang paling benar, Insya-Allah. Sebagai mengakhiri risalah ini, marilah sama-sama kita merenungi pesanan 'Abd Allah bin Mas'ud r.a sebagaimana katanya: "Allah tidak akan menerima perkataan kecuali dengan amal perbuatan, dan tidak akan menerima amal perbuatan melainkan dengan niat (yang tulus ikhlas), dan tidak akan menerima perkataan, perbuatan dan niat melainkan dengan apa yang sesuai dengan kitab (al-Qur'an) dan Sunnah" (Dinukil daripada buku Al-Qur'an dan As-Sunnah Sebagai Pedoman Hidup, Ibnu Khalil, hlm. 110, terbitan: Jahabersa, Johor Bahru).
Assalamualaikum wrh bkth....

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments on "Cukupkah Sekadar Niat Ikhlas?"
Post a Comment