Sunday, March 9, 2008

BA Menang..Takbir!!!

Posted by Dyg Mimie Affizie at Sunday, March 09, 2008

Assalamualaikum wrh bkth...

BA menang besar..siapa sangka sapa menduga kemenangan berjaya dicapai. Kempen-Kempen di blog Sahabat-sahabat berjaya mempengaruhi segalanya. Pemikiran pengundi, muncul pengundi-pengundi muda yang telah mengubah keputusan yang diramal oleh kerajaan berpihak pada mereka tapi ia amat berbeza sekali.

Semalam media kerajaan (tau2 la sapa kan) dikecam atau lebih sopan dikritik oleh penganalisis jemputan disebabkan keputusan yang lambat dan dipandang seperti berat sebelah kerana keputusan BN menang je yang sentiasa bergerak di skrin walaupun telah berulang banyak kali. "Sedangkan drive-drive saya yang kat luar tu lebih tahu lebih awal dari saya yang duduk kat dalam ni" kata seorang penganalisis politik. Nah Fikirkanlah..Di sini nampak semakin ramai yang benarai tampil memberi komen yang membina sebenarnya..ingin membetulkan apa yang dipandang kami sebagai raykat Malaysia kurang ADIL. Dr. Agus dari Falkuti sains politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diantara yang memberi ulasan yang amat terbuka dan bukan ingin menjatuhkan segolongan pihak sebenarnya tapi ingin menyedarkan.

Nampak benar perubahan air muka pengacara atau pengerusi dalam perbincangan semalam. Selepas iklan mereka mula membaca halaman HARAKAH dan aku masih ingat apabila dia membacakan bahawa "BN tumbang di Selangor, pembangkang sedang runding tubuh kerajaan" Nampakkan, kritikan membawa perubahan yang baik..tak semestinya ingin menjatuhkan sesuatu pihak. KERAJAAN, terimalah kritikan kami dan kaji baik buruknya..jangan terus ditolak...itu sebenarnya yang kami mahu..

Ulasan dari seorang sahabat...
Alhamdulillah..rasanya ramai dari kalangan kita sejak semalam tersenyum lebar dengan keputusan PR sejak semalam. Walaupun bertakbir sorang-sorang kat rmah tapi bahang kemenangan tu memang dah cukup terasa. Gelombang biru nampaknya dah tidak cukup kuat geloranya..implikasi dari gelombang kuning telah melihat perubahan besar yang akhirnya BN akur mereka tidak dapat menguasai 2/3 kerusi parlimen yang sejak bertahun-tahun mereka menang dangan cukup selesa. Mengambilkira kemenangan BA diperingkat DUN dibeberapa buah negeri pun sudah membuatkan pimpinan nasional BN tidak mampu tersenyum walaupun mereka masih menjuarai majoriti undi di negeri-negeri lain.

Apapun rakyat kita sudah bijak dan celik sedikit berbanding sebelumnya....Anda fikirkanlah sendiri

Assalamualaikum wrh bkth....

0 comments on "BA Menang..Takbir!!!"

 

Searching For "Silver Lining" Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal