Friday, March 28, 2008

SK LEPONG EMPLAS

Posted by Dyg Mimie Affizie at Friday, March 28, 2008
Assalamu'alaikum wrh bkth...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh.
Amat cukup dan aku amat bersyukur dengan kurniaanNYA...insyaALLAH akan aku jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh rasa amanah dan kasih sayang...Cintaku pada dunia pendidik semakin bertambah :D

Setelah berakhirnya minggu ni...baru ada kesempatan untuk mencoret di sini.
Coretan minggu ini:
Isnin-Taklimat Guru Sandaran Tak Terlatih (Pejabat Pendidikan Kecil Simunjan)
Selasa-Mula Lapor diri di SK Lepong Emplas..Orientasi (mcm2 ada)
Rabu-Dah mula mengajar
Khamis-Jadual dirombak..kena ajar Math year 1, English Year 2, Science Year 2 and 3, Pendidikan Moral Tahun 4/5 dan Muzik Tahun 4/5
Jumaat-Pengagihan tugas Guru Penyelaras kelab..Aku handle kelab Komputer(hahaha minat betul)
Sabtu- Pegi sekolah (rajinnya...hahahaha) kena check komputer kat sekolah sebab minggu depan dah mula ko-kurikulum kt sekolah...

Penghantaran 3 puteri dan 1 putera sebagai cikgu sandaran ke sekolah Sk Lepong Emplas amat mengembirakan Guru Besarnya Cikgu Misiah bt Nen...Bermula episod kami berempat di sekolah baru berhadapan dengan 333-300=33 orang pelajar.. HANYA 33 ORANG PELAJAR. Bayangkan....... Hanya terdapat 1 bangunan sekolah, kuarters guru dijadikan bilik guru, kuasa generator menyalurkan kuasa eletrik...insyaALLAH semua ini akan menjadikan kami lebih bersyukur dengan NikmatNYA...
Dengan suasana baru ini, kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan di sekolah...komuniti iban yang rata-ratanya tidak menguasai Bahasa Malaysia dengan baik memerlukan kami belajar dialek bahasa mereka... "ne nuan tek?" "chelom warna nyak"
Bertolak Ansur Dalam Pergaulan
Bertolak ansurlah di dalam pergaulan
ia adalah disenangi oleh manusia
Berlapang dadalah dengan perangai manusia
agar boleh hidup bersama
Ringan tanganlah menolong orang,
agar kita disenangi orang
Senyum dan bermesralah di dalam pergaulan,
itulah dia sedekah yang tidak melukakan
Janganlah selalu mengadu tentang kesusahan,
maruah kita akan tercemar
Inilah di antara etika di dalam pergaulan bermasyarakat
Kasih sayang sentiasa berbunga,
hidup aman, damai dan harmoni
halaqah.net

Kehidupan itu lautan luas,Sentiasa bergelora arus buas,Pandai berenang takkan lemas,Takkan sesat bersama kompas..











Sedarlah penawar, kehidupanmu di dunia hanya fana, yang kekal di akhirat sana, manfaatkanlah usia yang dipinjamkan ke jalanNya, oraklah langkah ke arah kebaikan, jauhilah kemungkaran, biarlah lembaran tahun ini lebih bermakna, usahalah mengejar nur hidayahNya, pasti kau akan lebih bahagia...




Hari ini bila ia datang,
jangan biarkan ia berlalu pergi
Esok kalau ia masih bertandang,
jangan harap ia akan datang kembali
Semalam kalau ia tak datang mungkin ia tak akan pergi seterusnya ia tak akan kembali
Kerana hari ini baru kau sedar bahawa semalam kau biarkan ia datang dan esok ia akan pergi dan seterusnya tak akan datang kembali
Hari ini, esok, semalam dan seterusnya
kau harus sedari bahawa pertemuan dan perpisahan adalah lumrah perkenalan…
Hari ini akan berlalu pergi bagai angin lalu...
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita...
Semalam tak mungkin akan berulang kembali seperti sejarah…
Seterusnya beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang
Wallahu'alam

0 comments on "SK LEPONG EMPLAS"

 

Searching For "Silver Lining" Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal